Maritim Malaysia tahan empat nelayan asing ceroboh perairan Terengganu

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot nelayan Vietnam yang menceroboh perairan negara membabitkan rampasan bernilai hampir RM1.5 juta.

Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid, berkata bot berkenaan ditahan

dalam Op Naga Barat pada jarak 133 batu nautika dari Kuala Terengganu kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin.

Beliau berkata, kapal yang sedang melakukan rondaan mengesan sebuah bot yang mencurigakan dipercayai bot nelayan Vietnam disyaki sedang melakukan aktiviti penangkapan hasil laut di perairan Malaysia tanpa kebenaran.

Katanya, empat kru termasuk tekong ditahan manakala bot termasuk hasil tangkapan laut seberat 3.5 tan, bekalan diesel dan peralatan menangkap ikan dianggarkan bernilai hampir RM1.5 juta turut dirampas.

“Bot dan kesemua kru yang berusia antara 29 hingga 61 tahun dibawa ke jeti Maritim Negeri Terengganu dan mereka turut menjalani saringan COVID-19 sebagai langkah pencegahan.
“Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/1963,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373