Mat Sabu beri bayangan pertahan kerusi Parlimen Kota Raja

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA SELANGOR, 27 Okt 2022 (The Capital Post): Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu tidak menolak kemungkinan mempertahankan kerusi Parlimen Kota Raja pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Mohamad berkata, keputusan beliau bertanding di Parlimen itu masih belum ditentukan, tetapi berkemungkinan terus mempertahankannya.

“Saya belum tentu lagi bertanding di kerusi mana. Jangkaan di tempat lama, pengumumannya akan kita beritahu kemudian,” katanya, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Jelajah Mega Pakatan Harapan (PH) Selangor di Padang Dewan Kampung Assam Jawa, di sini.

Sementara itu, Mohamad berkata, AMANAH mempertaruhkan enam kerusi Parlimen di negeri ini pada PRU-15.

Bagaimanapun, beliau berkata soal siapa calon parti itu masih belum dimuktamadkan, selain beberapa perkara perlu disemak seperti status kebankrapan dan faktor lain.

“Ia akan diputuskan pada pengumuman calon di ibu pejabat AMANAH di Kuala Lumpur, Ahad ini.

“Malah, penyandang juga tidak semestinya menjadi calon AMANAH untuk bertanding PRU-15,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang mempertahankan kerusi Parlimen Kuala

Selangor, Mohamad berkata, keputusan meletakkan Pengarah Strategi AMANAH itu bergantung calon yang diletakkan Barisan Nasional (BN).

“Jika BN meletakkan Menteri Kewangan, (Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz), kita pertaruh Dr Dzulkefly.

“Namun, jika bukan Tengku Zafrul kita akan meletakkan setaraf dengan beliau,” katanya.

-BH

(The Capital Post)

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373