Moratorium sambung atau tidak diketahui Jumaat

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan I, Abdul Rahim Bakri, berkata sama ada moratorium diteruskan atau tidak akan diketahui pada pembentangan Belanjawan 2021 pada Jumaat.

“Untuk menentukan sama ada inisiatif ini dilaksanakan atau tidak, kita kena tunggu Jumaat ini,” katanya di Dewan Rakyat menjawab soalan tambahan daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah, yang menanyakan apakah isu moratorium yang sangat diharap oleh rakyat dapat dilanjutkan.

Sebelum ini beberapa pihak termasuk Kesatuan Pekerja Bank Nasional (NUBE) menyeru ahli Parlimen pemerintah dan pembangkang mendesak menteri kewangan mengembalikan moratorium menyeluruh ke atas pinjaman bank selama 6 bulan lagi melalui Belanjawan 2021.

Setiausaha Agung J Solomon berkata, pelaksanaan semula moratorium pinjaman bank untuk 6 bulan lagi contoh cadangan yang mampu meraih sokongan bipartisan daripada 222 ahli Parlimen, jika ia terkandung dalam Belanjawan 2021.

DAP, Lim Guan Eng juga sedia bekerjasama dengan semua parti politik untuk menekan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin supaya melanjutkan moratorium pembayaran balik pinjaman bank “secara automatik” untuk 6 bulan lagi sehingga 31 Mac. -FMT

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373