Pahang lanjutkan lagi bayaran cukai tanah

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUANTAN: Kerajaan negeri bersetuju melanjutkan tempoh bayaran cukai tanah tahun 2021 kepada semua pemilik tanah berdaftar di Pahang sehingga 30 September ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata keputusan itu bagi menghargai komitmen pemilik tanah yang tetap menunaikan tanggungjawab menjelaskan cukai tanah walaupun dalam situasi mencabar akibat penularan wabak COVID-19.

Dengan keputusan itu, katanya, diharapkan pemilik tanah dapat terus menunjukkan komitmen tinggi dalam menunaikan tanggungjawab menjelaskan cukai tanah masing-masing.

“Oleh itu, denda lewat hanya akan dikenakan mulai 1 Oktober depan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Pada Mei lalu, kerajaan negeri melanjutkan tempoh bayaran cukai tanah sehingga 31 Ogos lalu sebelum dilanjutkan lagi sehingga 30 September ini.

Bagi bayaran cukai tanah di Pahang, tempoh bayaran akhir ditetapkan setiap tahun pada 31 Mei.

-BH

Comments (0)
Add Comment