Pakar kesihatan awam gesa nikortin disenaraikan mula dalam Akta Nikotin

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) menggesa kerajaan segera menyenaraikan semula cecair nikotin dalam Akta Racun 1952 bagi melindungi golongan kanak-kanak serta remaja negara ini daripada terdedah kepada bahaya cecair itu.

Presiden PPPKAM, Prof Dr Mohamed Rusli Abdullah, berkata pihaknya menyokong penuh usul Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) yang memohon kerajaan segera menyenaraikan semula cecair itu.

“Nikotin perlu disenaraikan semula disebabkan situasi semasa yang memberi petunjuk bahawa rang undang-undang baharu bagi kawalan produk merokok bakal lewat untuk dimuktamadkan keputusannya.

“Cecair nikotin yang pada masa ini sudah dinyah senarai dari senarai Akta Racun 1952 itu kini boleh diperoleh sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak dan remaja di bawah umur.

“Ini sudah tentu berpotensi mendedahkan golongan berkenaan terhadap penggunaan bahan tersebut yang telah ditunjukkan melalui kajian klinikal boleh mengakibatkan impak negatif terhadap kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini

Dr Mohamed menegaskan, PPPKAM juga mahu tindakan segera dan serius dilakukan bagi melindungi kesihatan generasi tersebut.

“Sudah pasti kita tidak mahu generasi berkenaan menjadi mangsa terhadap salahguna bahan berkenaan yang sepatutnya dikawal melalui kuasa pelaksanaan undang-undang,” katanya.

Dr Mohamed Rusli berkata menurut Pembentangan Rang Undang-undang Baharu bagi Kawalan Produk Merokok di Parlimen oleh YB Menteri Kesihatan pada 12 Jun 2023 telah dirujuk ke JawatanKuasa Khas Kesihatan Parlimen untuk bacaan pertama.

“Ini sekaligus memberi petanda sama ada ianya akan diluluskan atau tidak akan mengambil masa. Ini juga bermakna penggunaan nikotin dalam rokok elektronik dan vape kekal tanpa diregulasi di bawah mana-mana peraturan khusus berikutan penyahsenaraian oleh kerajaan beberapa bulan lalu,” katanya.

#KW, PPPKAM, rokok,vape

From: Azhar

– BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373