Palmer tidak kesal tinggalkan Man City

Estimate Reading Time: < 1 minute

LONDON: Cole Palmer berkata, perpindahannya dari Manchester City ke Chelsea kini mula membuahkan hasil menjelang penampilan pertamanya untuk skuad senior England.

Penyerang 21 tahun itu meledak empat gol dan membantu empat lagi dalam 14 penampilan sejak tiba di Stamford Bridge.

Dia turut tersenarai dalam skuad England kendalian Gareth Southgate selepas James Maddison, Callum Wilson dan Lewis Dunk cedera.

Menurut Palmer, dia meninggalkan kelab juara treble itu bagi mencari tempat dalam skuad utama.

“Ia berlaku terlalu pantas. Saya bercakap dengan seseorang di Chelsea dan juga kepada ayah saya, tetapi saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

“Saya hanya memikirkannya untuk beberapa hari. Saya hanya mahu bermain dengan lebih kerap,” kata Palmer.

Pengendali Chelsea, Mauricio Pochettino berkata Palmer menunjukkan karakter dan personaliti sejak berpindah ke London, dan penyerang itu berkata pengendali itu menjadi faktor dia membuat keputusan meninggalkan kelab yang disertainya sejak berusia enam tahun.

“Ia perubahan yang besar buat saya. Saya tidak pernah keluar dari Manchester. Tidak pernah dipinjamkan ke mana-mana kelab lain,” katanya.

Keputusan 4-4 antara Chelsea dan Manchester City, yang menyaksikan Palmer menjaringkan gol penyamaan minit ke-95 dari titik penalti, adalah kali pertama dia melihat bekas bosnya, Pep Guardiola sejak meninggalkan Etihad.

Dia membuat 25 penampilan untuk City musim lalu dan mengakhiri kempen sebagai juara Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara Eropah dan Piala FA.

– AGENSI

– BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373