Pampasan legakan penguasaha tanaman

Estimate Reading Time: < 1 minute

GUA MUSANG: Peruntukan RM10 juta dalam Belanjawan 2024 bagi meringankan kerugian ditanggung oleh rakyat yang terbabit dengan konflik hidupan liar, melegakan lebih 300 pekebun Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) KESEDAR Sungai Terah, di sini.

Pekebun, Ismail Awang Hamad, 60, bersyukur akhirnya Kerajaan Perpaduan prihatin dengan nasib mereka yang terkesan akibat tanaman dirosakkan haiwan liar.

“Alhamdulillah. Akhirnya ada juga pampasan atau sagu hati yang kami terima apabila berlaku kerosakan tanaman akibat dirosakkan haiwan liar.

“Saya sendiri sudah mengalami kerugian ribuan ringgit kerana tanaman yang diusahakan seperti pisang dan kelapa sawit dirosakkan gajah liar.

“Diharap dengan pengumuman itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban kami yang terjejas pendapatan apabila tanaman dimusnahkan haiwan liar,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Zahari Daud, 53, beliau sangat gembira apabila mendengar pengumuman Balanjawan 2024 pada Jumaat lalu.

Katanya, sepanjang tahun ini sudah tiga kali tanamannya dimusnahkan gajah liar yang berkeliaran sehingga menyebabkan dia mengalami kerugian ribuan ringgit.

“Memang adakalanya kami pekebun rasa berputus asa apabila tanaman yang diusahakan baru hendak dituai sudah dirosakkan gajah liar.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana cakna akan nasib kami yang

menyara hidup dengan hasil berkebun,” katanya.

Terdahulu media melaporkan lebih 300 pekebun RPT KESEDAR Sungai Terah, di sini, merayu kerajaan dapat mempertimbang pemberian pampasan terhadap kerugian ditanggung akibat serangan haiwan liar terutama gajah.
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373