Pemain Manchester United paling bernilai

Estimate Reading Time: < 1 minute

LONDON: Lionel Messi sekadar menduduki tangga ke-97 dunia untuk pemain bola sepak paling bernilai.

Cristiano Ronaldo pula berada di tangga ke-131 dengan dua pemain terbaik dunia itu ketinggalan di belakang pemain Manchester United Daniel James.

Senarai itu dikeluarkan CIES Football Observatory, yang menggunakan faktor persembahan, usia dan panjang kontrak, serta kelab diwakili untuk menentukan nilai seseorang pemain.

Kajian mereka meletakkan penyerang Manchester United Marcus Rashford di tangga teratas dengan nilai 150 juta pound (RM822.41 juta), mengatasi Erling Haaland dan Trent Alexander-Arnold.

Bruno Fernandes, Kylian Mbappe dan Jadon Sancho turut bernilai melebihi 130 juta pound (RM712.75 juta).

Bagaimanapun apa yang mengejutkan ialah kedudukan Messi dan Ronaldo yang tercicir jauh ke bawah.

Sekurang-kurangnya 10 pemain United – Rashford, Fernandes, Mason Greenwood, Anthony Martial, Aaron Wan-Bissaka, Donny van de Beek, James, Harry Maguire, Scott McTominay dan Victor Lindelof – berada di atas dua pemain terbaik dunia itu.

James, yang bernilai 55 juta pound (RM301.54 juta), berada di tangga ke-75.

– AGENSI

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373