Mbappe pemain paling bernilai dunia

Estimate Reading Time: < 1 minute

LONDON: Kylian Mbappe adalah pemain paling bernilai dunia ketika ini, menurut satu kajian oleh CIES Football Observatory.

Nilai penyerang Paris Saint-Germain itu melonjak kepada 231 juta pound (RM1.25 bilion) – disusuli empat bintang Inggeris.

Melengkapkan senarai lima teratas kajian berkenaan adalah Raheem Sterling (RM936.73 juta), Jadon Sancho (RM860.92 juta), Trent Alexander-Arnold (RM823.02 juta) dan Marcus Rashford (RM730.94 juta).

Hasil kajian berkenaan berbeza daripada lazim di mana tiada lagi monopoli oleh Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Walaupun kedua-dua pemain itu berkongsi memenangi 11 daripada 12 gelaran terakhir Ballon d’Or, mereka sekadar berada di tangga ke-70 dan 21 dalam senarai itu.

Trio Liverpool Mohamed Salah, Alexander-Arnold dan Sadio Mane turut berada dalam kelompok 10 teratas.

Seorang lagi pemain bintang yang merosot nilainya adalah Neymar, tergelincir ke tangga ke-37 dari kelompok tiga teratas bersama Harry Kane 18 bulan lalu.

– AGENSI

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373