Pemilik spa gagal daftar PERKESO didenda RM8,000

Estimate Reading Time: < 1 minute

BESUT: Seorang pemilik spa didenda RM 8,000 di Mahkamah Majistret Besut di sini, hari ini atas kesalahan gagal mendaftar perusahaan dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), sejak 2021.

Majistret, Ainis Abu Hassan Shaari menjatuhkan hukuman itu selepas orang kena saman (OKS), Nadzirah Dhabitah Mohd Amar, 27, membuat pengakuan bersalah ke atas pertuduhan itu.

Dia turut berdepan hukuman 10 bulan penjara sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Nadzirah sebagai majikan utama gagal mendaftar perusahaan dengan PERKESO dalam tempoh tidak melebihi 30 hari selepas menggaji seorang pekerja pada 7 November 2021.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah spa di sini, pada jam 2 petang, 7 Disember 2021.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 94 (g) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 94 Akta yang sama boleh didenda maksimum RM 10,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tertuduh membayar denda pada hari yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa PERKESO, Noor Khairunnisa Razali, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

– BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373