Pemuda maut kereta masuk longkang

Estimate Reading Time: < 1 minute

MELAKA: Seorang pemuda maut selepas kereta dipandunya terbabas ke longkang di Jalan Durian Daun, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata dalam kemalangan jam 8.50 malam, mangsa Tey Shen Hao, 26, yang tidak bekerja maut di tempat kejadian.

Siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Sebukor dan memandu kereta Proton Saga dari arah bandar Melaka menghala ke Bukit Baru.

“Sejurus tiba di tempat kejadian, kereta mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan tercampak ke longkang di hadapan Maktab Perguruan Perempuan Durian Daun,” katanya dihubungi.
Christopher berkata, setakat ini belum ada mana-mana saksi kejadian tampil memberi keterangan dan siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373