Penyerang ditembak mati selepas tikam polis Israel

Estimate Reading Time: < 1 minute

BAITULMAQDIS: Seorang penyerang maut ditembak selepas memandu vannya dan melanggar sebelum menikam seorang anggota polis Israel di pintu sempadan Tebing Barat.

Jurucakap polis, Micky Rosenfeld, berkata pengganas itu memandu kenderaannya dan merempuh polis sempadan yang sedang bertugas.

Katanya, penyerang itu kemudian melompat keluar dari kenderaannya dan menikam anggota polis berkenaan menggunakan gunting.

“Anggota lain yang berada di tempat kejadian melepaskan tembakan, menyebabkan pengganas terbunuh,” katanya.

Anggota polis yang tercedera itu kemudian dibawa ke hospital dan kini berada dalam keadaan stabil.

Pihak polis turut menyiarkan gambar van dengan nombor pendaftaran Palestin yang digunakan penyerang.

Serangan berlaku di penempatan penduduk Yahudi, Maale Adumim di Tebing Barat dan kejiranan Palestin di Abu Dis, di pinggir timur Baitulmaqdis. – AFP

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373