Perlaksanaan Gaji Minimum RM1,200 di 57 Bandar -Bandar Utama

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 19 Disember 2019, (The Capital Post) – Kementerian Sumber Manusia (KSM) hari ini mengumumkan perlaksanaan gaji minimum sebanyak RM1,200 sebulan mulai 1 Januari 2020 di bandar – bandar utama di bawah pentadbiran 57 Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran.

Tambah Kementerian Sumber Manusia, Keputusan kerajaan untuk meningkatkan gaji minimum bagi pekerja di wilayah bandar-bandar utama adalah bagi membantu pekerja di kawasan ini yang berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi. Kadar gaji minimum akan terus disemak bagi memastikan ia sejajar dengan keperluan semasa. Usaha ini dikatakan selaras dengan hasrat untuk mencapai  kadar gaji minimum RM1,500 sebulan dalam tempoh lima tahun pertama pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan.

Manakala kadar gaji minimum masih kekal RM1,100 bagi bandar dan majlis perbandaran selain daripada 57 kawasan yang terlibat. – The Capital Post

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373