PM doakan Agong, Raja Permaisuri peroleh haji mabrur

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, dipermudahkan urusan di Tanah Suci dan memperoleh haji yang mabrur.

Perdana Menteri, yang menghadiri upacara keberangkatan Seri Paduka berdua di Istana Negara pagi ini, turut mendoakan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang menunaikan ibadah haji.

“Mendoakan semoga Tuanku sekalian memperoleh ibadah haji yang mabrur dan diberi kesihatan yang baik serta dilancarkan segala urusan ibadah haji di Tanah Suci Makkah,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Seri Paduka berdua dijadual berada di Tanah Suci bermula hari ini hingga 2 Julai.

Kerajaan Arab Saudi mengumumkan hari Wukuf, hari kemuncak haji pada Selasa, 27 Jun, manakala Hari Raya Aidiladha disambut pada Rabu, 28 Jun. Umat Islam di Malaysia pula akan menyambut Aidiladha pada 29 Jun.

– BERNAMA

– BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373