Polis adakan 7 sekatan jalan raya, tutup 5 jalan

Estimate Reading Time: < 1 minute

HULU SELANGOR: Polis Hulu Selangor akan mengadakan tujuh sekatan jalan raya terkini dan lima jalan ditutup bagi meneruskan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga bermula hari ini hingga 28 April depan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamarudin, berkata sekatan jalan raya selama 24 jam itu membabitkan lima plaza tol iaitu di Tanjung Malim, Lembah Beringin, Sungai Buaya, Bukit Tagar dan Bukit Beruntung.

Katanya, dua lagi jalan terbabit adalah di Kilometer 4 Jalan Ulu Yam – Sungai Tua dan Kilometer 34 Jalan Ipoh – Kuala Lumpur.

”Manakala lima jalan akan ditutup kepada pengguna adalah Jalan Utama Persiaran Kemboja, Jalan Kemboja 4A, Jalan Seroja 3A dan Jalan Kasturi di Bukit Beruntung.

”Jalan alternatif yang boleh digunakan pengguna adalah Jalan Utama Lingkaran Kemboja di Taman Kemboja dan Jalan Utama Seroja, Taman Seroja. Keduanya di Bukit Beruntung,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Beliau berkata, masyarakat dan pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi peraturan PKP yang ditetapkan serta sedia memberi kerjasama baik kepada polis sepanjang tempoh ditetapkan itu demi kebaikan bersama.

Katanya, sebarang pertanyaan berkaitan arahan PKP di Hulu Selangor, pengguna bolehlah menghubungi talian hotline COVID-19 Ibu Pejabat Polis Hulu Selangor di 03-60641222 pada bila-bila masa. -BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373