‘Subsidi tiket penerbangan ke Sabah, Sarawak jika harga lebih RM599 sehala’

Estimate Reading Time: < 1 minute

SEPANG: Kerajaan bersetuju melaksanakan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan sehala bagi kelas ekonomi yang melebihi RM599 dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan untuk tiga hari sebelum perayaan Krismas tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata pelaksanaan inisiatif bantuan pembelian tiket penerbangan terbabit akan dilaksanakan bermula esok.

Katanya, perkara terbabit sudah dipersetujui pada mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu lalu.

“Tiket penerbangan berharga kurang daripada RM599 bagi laluan berkenaan akan dijual pada harga asal yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan.

“Manakala, bagi tiket penerbangan kelas ekonomi yang melebihi RM599 pula, kerajaan akan membayar perbezaan harga antara harga asal tiket penerbangan dan harga maksimum terbabit,” katanya pada sidang media di sini, hari ini

− BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373