Subsidi tiket penerbangan pelajar universiti awam mulai 15 Ogos

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Kerajaan akan memberi subsidi pembelian tiket penerbangan kepada pelajar universiti awam (UA) untuk pulang ke kampung halaman bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan, mulai 15 Ogos ini.

Menteri Pengangkutan (MOT), Anthony Loke, berkata subsidi tiket penerbangan ini sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal dan tempat pelajar sedang menuntut.

Subsidi ini hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, Firefly dan MYAirline.

Pelajar boleh membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket melalui laman sesawang syarikat penerbangan dan tarikh akhir penebusan pada 31 Oktober ini.
“Setiap pelajar layak menerima subsidi RM300 melalui ‘credit shell’ dan pembelian tiket penerbangan perjalanan selepas tarikh akhir penebusan adalah dibenarkan,” katanya pada sidang media hari ini.Loke berkata, pelaksanaan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar UA ini bertujuan mengurangkan beban kewangan pelajar yang ingin pulang ke kampung halaman semasa cuti semester, katanya.

– BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373