Tiada kejadian rempuhan warga Malaysia dari Singapura – Imigresen

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menafikan berlakunya kejadian rempuhan warga negara Malaysia yang pulang dari Singapura di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) seperti yang viral semalam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud, berkata rakaman video itu sebaliknya adalah suasana latihan kebakaran di BSI yang dilaksanakan pada 18 Disember tahun lalu.

“Jabatan Imegresen mengambil serius perbuatan penularan video berkenaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang berniat menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

“Satu laporan polis akan dibuat oleh pihak Jabatan Imigresen Johor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, video berdurasi kira-kira satu minit itu memaparkan orang ramai berpusu-pusu masuk ke BSI yang dikatakan sebagai warga Malaysia yang baru pulang dari Singapura selepas republik itu enggan membuat saringan kesihatan.

-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373