Tokan wanita ditahan bersama dadah bernilai RM20,000

Estimate Reading Time: < 1 minute

LANGKAWI- Polis menahan seorang wanita bersama dadah bernilai RM20,000 di tepi Jalan Bukit Benggali, Mukim Kuah di sini petang semalam.

Ketika ditahan tokan berusia 35 tahun itu sedang menunggang motosikal dipercayai untuk mengedar dadah jenis heroin dan syabu yang dibawanya itu.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Mohd Iqbal Ibrahim berkata, tangkapan dilakukan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik hasil maklumat awam pada pukul 4.10 petang.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek membawa lapan peket plastik lutsinar mengandungi serbuk ketulan keputihan disyaki dadah jenis heroin dengan anggaran berat 458 gram dan dua peket plastik lutsinar mengandungi serbuk ketulan kristal disyaki dadah syabu dengan anggaran berat 13.04 gram.

“Kedua-dua dadah itu dianggarkan bernilai RM 20,000. Suspek yang memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah telah direman untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataaan di sini hari ini.

Mohd Iqbal berkata siasatan kes dilakukan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 39A(1) 1952.– BERNAMA

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373