Tourism Malaysia umum penempatan baharu kumpulan pengurusan

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 6 Jan- Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) pada 5 Januari 2021 mengumumkan beberapa pertukaran penempatan bagi Pengarah Kanan, Pengarah dan Timbalan Pengarah Kanan dalam usaha untuk memperkukuh struktur organisasi bagi mencapai sasaran strategiknya pada tahun ini dalam merancakkan kembali sektor pelancongan.

Dato’ Zainuddin Abdul Wahab yang sebelum ini merupakan Pengarah Kanan di Bahagian Perancangan Strategik, telah dilantik sebagai Pengarah Kanan Pengurusan dan menanggung kerja Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) berkuat kuasa 4 Januari 2021.

Sementara itu, Encik Iskandar Mirza Mohd Yusof mengambil alih tugas sebagai Pengarah Kanan di Bahagian Perancangan Strategik manakala Datin Rafidah Idris dilantik sebagai Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat yang baharu.

Selain itu, Encik Mohamed Amin Yahya dan Encik Ahmad Johanif Mohd Ali yang merupakan Timbalan Pengarah Kanan, masing-masing menanggung kerja sebagai Pengarah di Bahagian Sumber Manusia dan Bahagian Pembangunan Pakej, berkuat kuasa tarikh sama.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Encik Zulkifly Md Said berkata, pihaknya akan terus meningkatkan aktiviti promosi pelancongan domestik menerusi pelaksanaan pakej rangsangan di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan bagi tahun 2021.

“Biarpun pelancongan domestik tidak dapat mengambil alih ketibaan pelancong antarabangsa buat masa ini, pelancongan domestik tetap memainkan peranan sebagai penyumbang utama kepada kelangsungan ekonomi negara,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai siaran media mahupun maklumat mengenai industri pelancongan Malaysia, boleh melayari laman sesawang Pusat Media Tourism Malaysia di http://www.tourism.gov.my/– BERNAMA

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373