“Tuduhan Fitnah untuk menjatuhkan Imej Saya menjelang Kongress PKR & Proses Peralihan Jawatan PM” – Anwar Ibrahim

Estimate Reading Time: < 1 minute

Kuala Lumpur, 5 Dis 2019 (The Capital Post) – Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan tuduhan yang dibuat oleh Muhammed Yusoff Rawther yang mendakwa Presiden Parti PKR tersebut cuba berkelakuan kurang sopan tahun lepas.

Anwar berkata, pada tarikh yang didakwa berlakunya insiden tersebut beliau sedang giat berkempen di  parlimen Port Dickson yang mana beliau merupakan calon PRK dan menghadiri Majlis Memperingati Ulang Tahun Kelahiran Mahatma Ghandi ke 150 di kuala Lumpur dan kembali ke Port Dickson untuk meneruskan jadual kempen.

“Setiausaha Sulit saya, Shukri Saad akan membuat laporan polis berkaitan tuduhan ini dan peguan saya Ramkarpal Singh akan mengutuskan surat tuntutan daripada Muhammed Yusoff Rawther” kata Anwar Ibrahim.

Tambah beliau, tindakan sebegini adalah muslihat untuk menjatuhkan imej beliau menjelang Kongres Nasional Keadilan ke 14 dan Proses peralihan kuasa pimpinan negara (peralihan jawatan Perdana Menteri Malaysia dari Tun Mahathir ke Datuk Seri Anwar Ibrahim) melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan awal hari ini. The Capital Post

Kenyataan Media Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikeluarkan pada 5 Disember 2019
Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373