UMNO umumkan pendirian petang ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: UMNO akan mengumumkan pendirian dan tindakan perlu diambil parti itu berhubung situasi semasa dalam politik serta pentadbiran negara selepas mesyuarat khas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) secara maya selesai, petang ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadual mengumumkan keputusan mesyuarat khas MKT itu menerusi sidang media secara maya yang dijadual diadakan pada jam 6 petang ini.

UMNO mengadakan mesyuarat khas MKT sejak jam 3 petang tadi secara dalam talian bagi memperhalusi pendirian dan tindakan parti dengan isu semasa yang berlaku terutamanya menyentuh krisis hubungan antara istana dan kerajaan.

Ini termasuk mengenai kenyataan media Istana Negara berhubung pembatalan Ordinan Darurat dan warkah Yang di-Pertuan Agong berhubung isu yang sama.

Sebelum ini, UMNO sebagai reaksi kepada kenyataan media Istana Negara menyatakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar meletakkan jawatan kerana mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu semua Ordinan Darurat dibahas dan diungkaikan di Parlimen, seiring dengan Perkara 150(3) Perlembagaan.

UMNO juga menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan juga mesti berundur kerana menderhaka titah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sehubungan itu, beliau juga mengarahkan Ahli Parlimen UMNO menzahirkan dan melaksanakan keputusan MKT parti itu pada 7 Julai lalu, untuk menarik sokongan ke atas Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373