Mesyuarat tergempar UMNO disambung 5.30 petang

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin berkata, pelbagai isu yang dibincang dalam mesyuarat tergempar hari ini dan ia akan disambung pada pukul 5.30 petang nanti.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri mesyuarat tergempar UMNO di Menara Dato’ Onn di sini.

“Banyak isu semasa, belum selesai, nanti kembali lagi 5.30 petang,” katanya ringkas.

Difahamkan, mesyuarat itu disambung setelah selesai Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menghadiri perbicaraan kes penyelewengan dana Yayasan Akalbudi pada pukul 2.30 petang ini.

Terdahulu, dilaporkan satu perjumpaan tergempar khas antara Presiden UMNO dan ketua-ketua bahagian kini berlangsung di Menara Dato’ Onn.

Jemputan yang dikeluarkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyebut Presiden UMNO dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta agar ketua-ketua bahagian hadir ke satu pertemuan khas.

Jemputan itu ditegaskan sebagai pertemuan segera dan mustahak.

Difahamkan setakat ini, 140 bahagian yang hadir dalam mesyuarat tersebut, sementara 50 bahagian lagi tidak hadir. – UTUSAN

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373