VVIP antara dikenalpasti terlibat pemburuan haram – Ketua Polis Negara

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR- Orang kenamaan atau VVIP adalah antara yang dikenalpasti terlibat dalam kegiatan pemburuan haram di sekitar hutan di Semenanjung Malaysia, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, beliau berkata pihaknya mendapat maklumat bahawa golongan itu aktif terlibat dengan kegiatan sedemikian.

“Saya amat serius dalam perkara ini (buru pemburu haram) sekiranya polis dapat tangkap, senjata api mereka akan dirampas.

“Sekiranya ditangkap, mereka tidak akan terlepas daripada proses pendakwaan undang-undang di negara ini,” katanya pada sidang akhbar Operasi Bersepadu Khazanah di Bukit Aman, di sini.

Abdul Hamid berkata tiada keperluan untuk pemburu haram terbabit untuk memburu hidupan liar terancam pada zaman moden ini.

“Apa sebab beria hendak makan pelanduk dan rusa? Kepada VVIP yang menjadikan pemburuan sebagai hobi saya nasihatkan supaya akur dan sahut misi selamatkan flora dan fauna,” katanya.- BERNAMA

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373