WKB 2030: Peluang hanya untuk golongan yang boleh jayakannya – Dr Mahathir

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, — Kerajaan akan memastikan peluang di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) disediakan hanya untuk golongan yang boleh melaksanakannya dengan jaya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Perdana Menteri berkata mereka perlu mempersiapkan diri dengan latihan dan kemahiran yang diperlukan apabila diberi peluang oleh kerajaan.

“Apa yang telah berlaku dalam Wawasan 2020, apabila mereka diberi peluang, mereka mensia-siakan peluang itu, mereka mahu wang dengan cepat. Ini menyebabkan wawasan (2020) tidak tercapai,” katanya dalam sesi soal jawab pada Persidangan Praxis Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) 2019 di sini, hari ini.

Beliau berkata rakyat Malaysia perlu bertindak sewajarnya terhadap program dan insentif yang digariskan dalam Wawasan Kemakmuran Negara 2030 bagi menjayakannya.

Sikap yang salah perlu dibuang, katanya ketika menjawab soalan Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang mengenai keberkesanan program yang dilaksanakan di bawah Wawasan 2020.– BERNAMA

Comments (0)
Add Comment