SINGAPURA: Asia Tenggara perlu meningkatkan pelaburan dalam tenaga bersih kepada AS$190 bilion (RM821.7 bilion), kira-kira lima kali ganda dari tahap semasa, menjelang 2035 untuk mencapai matlamat iklimnya.
Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) dalam satu laporan hari ini, menyarankan peningkatan pelaburan tenaga perlu disertai dengan strategi untuk mengurangkan pelepasan daripada aset loji arang batu yang baru dibina di rantau terbabit.
Laporan itu mendedahkan, faktor seperti pengembangan ekonomi yang pesat dijangka bakal menimbulkan cabaran untuk keselamatan dan matlamat iklim.
Namun, usaha untuk menutup loji tenaga arang batu di pasaran mengalami pertumbuhan ekonomi pesat dan disokong negara Barat yang kaya, menghadapi kelewatan selepas tarikh akhir berlalu tanpa persetujuan mengenai penutupan awal projek rintis di Indonesia.
Laporan sama mendedahkan permintaan elektrik di Asia Tenggara pula dijangka tumbuh pada kadar tahunan empat peratus dalam beberapa tahun akan datang.
Sumber tenaga bersih seperti angin, solar, biotenaga moden dan tenaga geothermal dijangka memenuhi lebih daripada satu pertiga pertumbuhan permintaan tenaga di rantau ini, menjelang 2035.
Namun, itu masih tidak memadai untuk mengekang pelepasan karbon dioksida yang berkaitan dengan tenaga di rantau ini, yang dijangka bertambah sebanyak 35 peratus antara sekarang dan pertengahan abad.
Pengarah Eksekutif IEA, Fatih Birol, berkata tenaga tenaga bersih tidak berkembang dengan cukup cepat dan pergantungan berterusan terhadap import bahan bakar fosil, menjadikan negara sangat terdedah kepada risiko masa depan
Secara keseluruhannya, Asia Tenggara hanya menarik dua peratus daripada pelaburan tenaga bersih global walaupun menyumbang enam peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global, lima peratus daripada permintaan tenaga global, di rantau yang diduduki lebih sembilan peratus daripada penduduk dunia.
IEA mendedahkan, memperluas dan memodenkan grid tenaga di Asia Tenggara untuk menyokong bahagian tenaga boleh dipengaruhi yang lebih besar akan memerlukan pelaburan tahunan dua kali ganda kepada hampir AS$30 bilion (RM129.7 bilion) menjelang 2035.
-REUTERS
-BeritaHarian