WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33459) ORDER BY meta_id ASC

Contohi negara lain pelbagaikan bayaran tol, e-dompet » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Contohi negara lain pelbagaikan bayaran tol, e-dompet

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Kerajaan boleh menggunakan model di negara lain seperti Singapura yang membenarkan penggunaan pelbagai kaedah pembayaran tidak hanya tertumpu kepada kad dan sistem RFID Touch ‘n Go khususnya di lebuh raya.

-Advertisement-

Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata langkah kerajaan memecah monopoli adalah wajar kerana Touch ‘n Go dilihat tidak mampu memperbaiki perkhidmatannya, tidak berinovasi dan mengenakan harga yang tinggi apabila menjual kad dan pelekat RFID.

“Ia patut dilaksanakan segera untuk memastikan pengguna lebuh raya tidak lagi terkesan dengan perkhidmatan Touch ‘n Go yang mengecewakan.

“Justeru, kerajaan patut menilai segala penyelesaian yang mungkin termasuk idea dari syarikat tempatan dan syarikat pemula niaga (startup).

“Untuk Touch ‘n Go pula, sebagai syarikat gergasi, ia tidak perlu risau jika monopoli pembayaran tol dibuka kepada semua,” katanya kepada BH.

Sementara itu, Penganalisis Ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, pertimbangan semula monopoli Touch ‘n Go adalah satu cadangan yang baik kerana tidak boleh lagi meneruskan situasi sedia ada.

Katanya, penambahan perkhidmatan selain daripada Touch ‘n Go perlu dialu-alukan kerana ia akan memberikan banyak faedah kepada pengguna termasuk perkhidmatan yang lebih kompetitif, murah dan berkesan.

“Penambahan pesaing juga akan memperbaiki mutu perkhidmatan Touch ‘n Go sendiri kerana persaingan yang baik akan memberikan kesan yang positif kepada pihak berkepentingan,” katanya.

Aimi Zulhazmi berkata, di Malaysia terdapat kira-kira 40 perkhidmatan e-dompet yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), namun hanya 13 yang memberikan perkhidmatan menyeluruh sepenuhnya.

“Mungkin selama ini pilihan e-dompet Touch ‘n Go disebabkan oleh penggunaannya yang luas di lebuh raya di seluruh negara. Justeru, dengan cadangan memecah monopoli, ia akan memberikan saingan lebih sengit dan juga mempercepatkan transformasi pendigitalan Malaysia kerana ia akan menyatukan pelbagai e-dompet dan mengurangkan penggunaan wang tunai seperti yang dimahukan oleh BNM.

“Selain itu, pengguna juga boleh mengharapkan pelbagai rebat dan tawaran daripada aplikasi pembayaran yang lain juga, sekarang ini penggunaan Touch ‘n Go untuk membayar tol tidak memberikan sebarang rebat atau mata ganjaran.

-Advertisement-

“Bagaimanapun ia bergantung kepada keterbukaan PLUS dan operator lebuh raya yang lain dalam memberikan laluan kepada pesaing Touch ‘n Go nanti,” katanya.

Beliau berkata, langkah memecah monopoli Touch ‘n Go menyaksikan persaingan lebih terbuka.

“Walaupun diberi penawaran RFID dan SmartTAG, namun masih ramai yang menggunakan kad Touch ‘n Go di plaza tol yang menyebabkan kesesakan di plaza tol utama walaupun bukan waktu puncak.

“Adalah diharapkan pemberi perkhidmatan alternatif e-dompet dapat mengurangkan kesesakan yang berlaku,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam memberi bayangan bahawa monopoli Touch ‘n Go mungkin ditimbang semula kerana dilihat tiada kemajuan meyakinkan dalam sistem itu.

Ini kerana, katanya, Touch ‘n Go sudah beroperasi selama dua dekad namun tidak meyakinkan atau mempunyai perkembangan.

Sementara itu, Kementerian Pengangkutan sudah mengarahkan semua agensi termasuk operator pengangkutan awam di bawah kementerian untuk mengaplikasikan satu sistem pembayaran terbuka.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata buat masa ini, tempoh beberapa bulan diperlukan untuk mengintegrasikan sistem pembayaran terbuka itu.

Loke berkata, sistem pembayaran terbuka itu juga mengambil contoh pembayaran parkir di ibu negara yang mana selain Touch ‘n Go, pembayaran boleh dibuat dengan cara lain. – Berita Harian

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (44843,44834,44828,44821) ORDER BY meta_id ASC