Corbin Ong ‘lubuk’ JDT

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Pemegang tiga piala musim ini yang juga juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah pasti menjadi pilihan bagi final Piala Malaysia menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

-Advertisement-

Berdasarkan prestasi semasa serta kualiti pemain dikendalikan Esteban Solari itu, JDT berkemungkinan besar bakal mempertahankan piala dimenangi musim lalu sekali gus melengkapkan sejarah baru meraih ‘double quadruple.

Namun kuatnya JDT tidak bermakna mereka kebal dan masih ada kelemahan yang boleh dieksploitasi jika skuad ‘Penyu’ berjaya menemui ‘formula’ berkesan untuk aksi final itu.

Ikuti kupasan pemerhati bola sepak yang juga bekas pengarah teknikal pasukan Liga Super, Mohd Fauzi Pilus kepada BH Sukan mengenai aksi final ini.

“TFC perlu motivasi lebih tinggi dan saya percaya Tomislav Steinbrucker ada perancangan dengan salah satu idea adalah tidak bermain secara terbuka supaya tidak memberi banyak ruang kepada JDT.

“Saya gambarkan TFC akan lebih defensif atau lebih konvensional untuk memerangkap JDT dengan saya jangkakan JDT akan kekal dengan konsep dan pendekatan mereka memandangkan mereka ada pemain yang ‘top notch’ di liga.

“JDT akan lebih ofensif kecuali TFC dapat memerangkap JDT di zon tengah kerana mungkin kelemahan di bahagian Corbin Ong, dia adalah pemain yang bagus tetapi peranannya lebih ‘inverted offensive’ akan tinggalkan banyak ruang.

“Ruang ini perlu dimanipulasi TFC untuk ‘breakthrough’ ataupun serangan balas pantas kerana kita tahu di bahagian tengah, JDT lebih ‘composed’ dan pertukaran posisi untuk bertahan (defensive exchanging position) mereka juga kemas, jadi ini bakal menyulitkan TFC.

-Advertisement-

“Inverted offensive’ ini berlaku di kedua-dua belah kerana Matt Davies pun selalu pergi (menyerang) tetapi Davies ada kelebihan dari segi ‘recovery speed’ untuk kembali turun, jadi tiada isu.

“Kalau lihat beberapa tempat tempat di mana JDT bolos khususnya ketika lawan Kawasaki Frontale, ia daripada sebelah kiri jadi kerana lewatnya ‘recovery’ daripada bahagian tengah ataupun isu ‘covering’ daripada dua pertahanan di situ.

“Situasi ini digunakan oleh lawan yang dinamik untuk membuat penembusan (penetration) dan cuba memecah masuk ataupun melakukan serangan balas dengan kualiti yang mereka ada.

“Semua pemain TFC perlu memainkan peranan dan kalau satu atau dua pemain ‘off’, ia akan beri kelebihan buat JDT kerana JDT ada banyak pilihan jadi itu membuatkan kualiti ofensif mereka sangat tinggi.

“Penyerang TFC perlu membentuk kombinasi mantap bersama jentera tengah dan kalau kalau mereka dapat masuk ke kawasan JDT dengan serangan dan transisi yang pantas, ia dapat beri kejutan kepada JDT.

“Mungkin ini antara strategi yang sudah difikirkan barisan kejurulatihan TFC selain serangan balas pantas ataupun melakukan ‘left-right penetration’.”

– BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373