PUTRAJAYA: Sebanyak 5,150 kes positif baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan di negara ini mencecah 673,026 kes.
-Advertisement-
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor hari ini mencatatkan sebanyak 1,914 kes positif hari ini.
Beliau berkata, ia diikuti Negeri Sembilan dengan 607 kes positif; Sarawak (570) dan Kuala Lumpur (480).
-Advertisement-
Empat negeri mencatatkan kes dua angka iaitu Pulau Pinang (99); Perak (66); Pahang (57) dan Terengganu dengan 56 kes positif baharu hari ini.
Pada masa sama, Perlis mencatatkan lapan kes manakala Putrajaya merekodkan enam kes baharu.-BH