KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 3.0 pada skala Richter dikesan berlaku di Lahad Datu, Sabah pada 11.10 malam tadi.
-Advertisement-
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan memaklumkan gegaran gempa bumi lemah itu mungkin dirasai di sekitar Lahad Datu, Kunak dan Semporna.
-Advertisement-
Pusat gempa bumi itu terletak 28 km timur Lahad Datu dan pada kedalaman 9 km.
Kejadian itu bagaimanapun tidak memberi ancaman tsunami, menurut jabatan itu. -FMT