Gempa sederhana landa luar pantai barat Utara Sumatera

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter melanda luar pantai barat Utara Sumatera, Indonesia pada 7.58 pagi tadi.

-Advertisement-

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gegaran itu berlaku pada kedudukan 169 kilometer (km) barat daya dari Nias, Indonesia dengan kedalaman 10 kilometer.

-Advertisement-

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.-BERNAMA