Kes baharu COVID-19 melepasi 6,000 semula

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Jumlah kes harian COVID-19 kembali melebihi 6,000 kes iaitu sebanyak 6,440 kes dilaporkan hari ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 685,204 kes.

-Advertisement-

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi dengan 2,095 kes diikuti Negeri Sembilan (870); Kuala Lumpur (816); Johor (592) dan Sarawak (536).

-Advertisement-

“Semua negeri mencatatkan pertambahan kes hari ini dan hanya dua negeri melaporkan kes satu digit iaitu enam kes di Putrajaya serta dua kes di Perlis,” katanya dalam Facebook, hari ini.-BH