ISTANA NEGARA, 29 Feb 2020 (The Capital Post) – Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa beliau kini mempunyai nombor untuk membentuk kerajaan baru selepas bertemu dengan pemimpin Parti Pakatan Harapan pagi ini.
-Advertisement-
Tun Mahathir Mohamad juga mencalonkan dirinya sebagai Calon Perdana Menteri Malaysia dan keputusan ini akan disampaikan kepada Yang Di-Pertuan Agong,” katanya dalam satu kenyataan.
Pakatan Harapan, dalam kenyataan berasingan, mengesahkan bahawa gabungan itu menyokong Mahathir and akan terus melaksanakan janji manifestonya dari Pilihan Raya Umum ke 14.
-Advertisement-
Sementara itu, Tun Dr Mahathir dalam kenyataannya, berkata beliau tidak menyokong atau memberi sokongan kepada presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dalam membentuk kerajaan dengan bantu Parti UMNO.
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah tiba di Istana Negara pada 10.30pagi ini bersama Pemimpin Parti UMNO, PAS, Wakil GPS untuk berjumpa dengan Yang Di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan bilangan sokongan terhadap kepimpinan beliau bagi membolehkan Tan Sri Mahyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke – 8.