KUALA LUMPUR, 29 Feb 2020 (The Capital Post) – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (PPBM) mengesahkan bahawa Tun Dr Mahathir Pengerusi Parti PPBM mempunyai kuasa mutlak dalam memimpin Parti PPBM bukannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Datuk Marzuki Yahya, menurut perlembagaan Bersatu Fasal 16.2 dan prinsip the rule of law, satu – satunya individu yang mempunyai kuasa mutlak dalam parti PPBM ialah YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Segala tindak tanduk dan arah parti adalah tertakluk kepada Tun Dr Mahathir menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh setiausaha agong PPBM. – The Capital Post