Seperti Easter, Trump mahu jarak sosial ketika Ramadan

Estimate Reading Time: < 1 minute

WASHINGTON: Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa dia berharap umat Islam di AS akan mematuhi arahan jarak sosial ketika Ramadan sama seperti penganut Kristian ketika perayaan Easter.

Presiden AS membuat komen tersebut selepas diminta mempertahankan retweet dari komentar konservatif yang kelihatan mempersoal sama ada umat Islam akan diperlakukan sama seperti penganut Kristian yang melanggar peraturan jarak sosial.

“Saya akan kata mungkin ada perbezaan,” kata Trump semasa sidang media coronavirus hariannya. “Dan kita akan lihat apa yang akan berlaku. Kerana saya melihat perbezaan yang besar di negara ini.”

“Mereka memantau gereja Kristian tetapi mereka tidak cenderung memantau masjid,” katanya.

Ramadan yang akan bermula pada Khamis, berlangsung seminggu selepas sambutan Easter, di mana beberapa penganut Kristian mengingkari peraturan kesihatan awam dengan menghadiri perkhidmatan tidak sah.

Ditanya sama ada dia berpendapat para imam akan menolak untuk mengikuti perintah jarak sosial, Trump menjawab: “Tidak, saya sama sekali tidak fikir begitu.”

“Saya adalah seseorang yang percaya pada keimanan. Dan ia bukan dari keimanan anda. Tetapi ahli politik kita nampaknya memperlakukan agama yang berbeza dengan sangat berbeza.”

Trump dituduh anti-Islam pada masa lalu dan salah satu tindakan pertamanya ketika memegang jawatan presiden adalah melarang pelancong dari beberapa negara majoriti Islam.

Lebih 700,000 kes Covid-19 dilaporkan di Amerika Syarikat, memaksa komuniti agama seluruh negara menghentikan upacara keagamaan mereka.

Persatuan Islam Amerika Utara, bersama pakar perubatan Islam mendesak penangguhan solat berjemaah, selain perhimpunan lain.

Walaupun terdapat tindakan serupa yang dilakukan terhadap sebahagian besar komuniti Kristian, seorang pastor di Virginia yang terus berceramah menentang peraturan duduk di rumah, meninggal dunia seminggu lalu akibat Covid-19.

Dan pastor di 2 gereja di Florida dan Louisiana ditahan atas tuduhan mengingkari arahan duduk di rumah.

“Pengikut Kristian diperlakukan jauh berbeza daripada sebelumn ini,” tambah Trump pada Sabtu, “dan saya rasa ia diperlakukan dengan sangat tidak adil”.

-FMT