PUTRAJAYA, 4 Ogos 2021 (The Capital Post) – Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan beliau tidak akan meletakkan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia. Perdana Menteri juga telah sembah maklum pada Yang Di-Pertuan Agong bahawa beliau telah terima sejumlah surat akuan sokongan majoriti ahli Parlimen.
-Advertisement-
Pagi tadi Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menghadap Yang di-Pertuan Agong dan telah mendapat perkenan baginda untuk menentukan sokongan terhadap beliau sebagai Perdana Menteri ditentukan dalam sidang Dewan Rakyat pada September nanti melalui usul tidak percaya.
-Advertisement-
Tan Sri Muhiyiddin Yassin juga berkata percubaan untuk menjatuhkan Kerajaan adalah usaha individu yang mahu beliau campur tangan dan membebaskan mereka dari dakwaan Mahkamah. Berita penuh akan menyusul. – The Capital Post