Muhyiddin dijangka pengerusikan mesyuarat Kabinet

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mempengerusikan mesyuarat Kabinet tengah hari ini.

-Advertisement-

Bagaimanapun, sumber berkata, ketika ini Muhyiddin masih belum tiba di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, di sini, dan enggan mengulas lanjut berhubung persediaan mesyuarat berkenaan.

Selain itu, tidak dapat dipastikan jika mesyuarat Kabinet hari ini akan dijalankan secara fizikal maya atau hibrid.

Terdahulu, difahamkan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang menghadiri satu mesyuarat dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

-Advertisement-

Difahamkan, Mohd Zuki juga akan menghadiri mesyuarat Kabinet hari ini.

-BH