KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) tambahan sempena sambutan Aidilfitri dan Hari Pekerja, tahun ini.
-Advertisement-
KTMB dalam kenyataan memaklumkan tambahan perkhidmatan ETS membabitkan perjalanan dari Stesen KL Sentral ke Padang Besar dan sebaliknya, serta laluan KL Sentral-Butterworth dan sebaliknya pada 19 hingga 25 April.
-Advertisement-
Tiket ETS tambahan akan mula dijual jam 10 pagi ini.
Tren tambahan itu menawarkan 1,260 tiket sehari menjadikan jumlah keseluruhan 13,860 tiket ditawarkan termasuk koc kelas perniagaan dalam tempoh berkenaan. – Berita Harian