WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33559) ORDER BY meta_id ASC

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri penjawat awam dibayar 17 April » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri penjawat awam dibayar 17 April

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR,24 Mar 2023 (The Capital Post): Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2023 akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada 17 April ini

-Advertisement-

Sebanyak RM700 akan diberikan kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah yang masih berkhidmat sehingga 17 April 2023 termasuk lantikan 87 kontrak.

Pesara perkhidmatan awam pula akan menerima BKKA sebanyak RM350.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr. Zulkapli Mohamed, berkata BKKA tahun ini turut dipanjangkan kepada pesara kerajaan berpencen, penerima pencen terbitan, pesaran Skim Kumpulan Simpanan Pekerja, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.

“Bagi pesara dan veteran yang dilantik semula secara lantikan tetap, sementara dan masih berkhidmat pada 17 April 2023 layak menerima RM700,” katanya.

-Advertisement-

BKKA adalah bantuan hari raya bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia

Dalam pembentangan belanjawan Februari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidil Fitri adalah satu langkah keprihatinan kerajaan dalam membantu penjawat awam membuat perancangan dan persiapan awal bagi menyambut Hari Raya.

-BH

(The Capital Post)

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC