Untung sebelum cukai MRCB tahun 2023 meningkat kepada RM134.2 juta

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) mencatatkan pendapatan RM2.51 bilion dan keuntungan sebelum cukai RM134.2 juta bagi tahun berakhir 31 Disember 2023 berbanding RM3.21 bilion dan RM154.3 juta pada 2022.

-Advertisement-

Keputusan kewangan itu dicatatkan meskipun ia mencatatkan jualan hartanah kediaman kukuh pada 2023, meningkat 74 peratus kepada RM831.3 juta berbanding 2022.

Bagaimanapun, keuntungan selepas cukainya meningkat 89 peratus kepada RM101.1 juta pada 2023 berbanding 2022.

MRCB dalam satu kenyataan berkata, keuntungan sebelum cukainya bagaimanapun meningkat 111 peratus pada suku keempat 2023 berbanding suku yang sama pada 2022, dan melonjak 327 peratus berbanding suku sebelumnya berikutan pelupusan Menara CelcomDigi dan pelupusan Plaza Alam Sentral.

Bahagian Pembangunan & Pelaburan Hartanah MRCB merekodkan pendapatan RM711.9 juta dan keuntungan operasi sebanyak RM148.8 juta pada 2023, masing-masing merosot 22 peratus dan 16 peratus berbanding 2022.

Kemerosotan itu berikutan terutamanya oleh penyiapan Sentral Suites dan pembangunan kediaman bercampur TRIA 9 Seputeh, masing-masing pada Mac dan Mei 2023.

Bahagian itu mencatatkan 118 peratus keuntungan operasi lebih tinggi sebanyak RM113.2 juta pada suku keempat 2023, berbanding tempoh yang sama pada 2022, berikutan pelupusan Menara CelcomDigi dan Plaza Alam Sentral.

Jualan hartanah daripada pembangunan kediamannya meningkat dengan kukuh pada 2023, meningkat 74 peratus kepada RM831.3 juta berbanding 2022.

-Advertisement-

Selepas melancarkan RM1.5 bilion projek hartanah baharu di Malaysia dan Australia pada 2023, bahagian itu menyasarkan RM4.0 bilion pelancaran tambahan di Malaysia dan New Zealand.

Sementara itu, MRCB berkata, Bahagian Kejuruteraan, Pembinaan & Alam Sekitar mencatatkan pendapatan RM1.7 bilion pada 2023 berbanding RM2.2 bilion pada 2022, merosot sebanyak 22 peratus.

Pendapatan yang lebih rendah itu berikutan siapnya projek infrastruktur Pakej DASH CB2, Kwasa Utama C8, dan MRT 2 Pakej V210 pada 2022.

Keuntungan operasi melonjak 25 peratus kepada RM87.3 juta pada 2023, terutamanya disumbangkan oleh projek LRT3, yang mencapai kemajuan pembinaan fizikal sebanyak 92 peratus setakat 31 Disember 2023.

Buku tender bahagian itu pada masa ini berjumlah RM30 bilion, tidak termasuk tender dan cadangan projek yang telah dimenangi tetapi nilai projek masih belum ditetapkan, seperti pembangunan semula Stadium Shah Alam dan Stesen KL Sentral.

Bahagian itu terus aktif membuat tender untuk projek infrastruktur besar yang lain, mengutamakan projek infrastruktur yang mensasarkan perubahan iklim, seperti tebatan banjir.
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373