Gdansk: Villarreal mengalahkan Manchester United dalam penentuan penalti yang panjang, selepas penjaga gol, David De Gea gagal menyempurnakan sepakan terakhir dalam perlawanan akhir Liga Europa di Gdandsk.
-Advertisement-
Aksi berkenaan berakhir dengan keputusan terikat 1-1 pada selepas 120 minit perlawanan berlangsung.
Villarreal yang kali pertama menjulang kejuaraan utama Eropah berada di depan melalui jaringan Gerard Moreno selepas 29 minit perlawanan berlangsung.
-Advertisement-
Bagaimanapun, Edinson Cavani berjaya menyamakan kedudukan melalui gol pada separuh masa kedua.
Akhirnya dalam penentuan penalti Villarreal berjaya mencatat kemenangan 11-10 sekali gus menyaksikan Ole Gunnar Solskjaer masih lagi kempunan trofi sejak menjadi pengurus United.-METRO