42 PATI cuba masuk, keluar Malaysia ditahan

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Seramai 42 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk sembilan wanita dan seorang budak perempuan berusia empat tahun ditahan menerusi Op Benteng oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Tanjung Punggai, Kota Tinggi, Johor, hari ini.

-Advertisement-

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) dalam satu kenyataan, hari ini memaklumkan kesemua PATI ditahan dalam dua siri tangkapan oleh pasukan Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD) pada jam 5.30 pagi dan 8.20 pagi tadi.

Katanya, pasukan Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged) yang bertanggung jawab menyelia kawasan berkenaan menerima maklumat perisikan daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Polis Daerah Kota Tinggi berhubung aktiviti kemasukan PATI di antara kawasan Punggai dan Batu Layar.

“Susulan itu, pasukan 7 Briged meningkatkan pemantauan dan pemerhatian di lokasi terbabit sebelum pasukan di Pos Pemerhati Kompeni A, 1 RRD berjaya mengesan sebuah bot mendarat di perairan Punggai pada jam 5.30 pagi dan sedang menurunkan PATI untuk masuk ke negara ini.

“Ketua Kompeni, Mejar Mohd Hafizullah Mohd Rashidi kemudian menggerakkan Pasukan Reaksi Pantas (QRF) ke Kampung Gambut, Punggai dan berjaya menangkap 34 orang PATI,” kata kenyataan itu.

Katanya, 30 yang ditahan itu terdiri tangkapan basah iaitu PATI yang mahu masuk ke negara ini dan empat tangkapan kering (PATI yang mahu keluar dari Malaysia).

Antara PATI yang ditahan menerusi Op Benteng oleh ATM di Tanjung Punggai, Kota Tinggi, Johor, hari ini. - Foto ihsan ATM
Antara PATI yang ditahan menerusi Op Benteng oleh ATM di Tanjung Punggai, Kota Tinggi, Johor, hari ini. – Foto ihsan ATM

-Advertisement-

Antara PATI yang ditahan menerusi Op Benteng oleh ATM di Tanjung Punggai, Kota Tinggi, Johor, hari ini. - Foto ihsan ATM
Antara PATI yang ditahan menerusi Op Benteng oleh ATM di Tanjung Punggai, Kota Tinggi, Johor, hari ini. – Foto ihsan ATM

Susulan tangkapan pertama, pasukan berkenaan melakukan pencarian dan penggeledahan di sekitar Punggai dan berjaya menahan lagi lapan PATI yang mahu menyusup ke negara ini pada jam 8.20 pagi.

“Kesemua PATI dewasa yang ditahan berusia antara 23 hingga 40 tahun terdiri 32 lelaki dan sembilan wanita serta seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.

“Selain itu, kita turut merampas pelbagai barangan termasuk 33 buah telefon pintar dan wang tunai 11 juta Rupiah (RM3,202) dengan jumlah keseluruhan rampasan RM36,000,” katanya lagi.

Kesemua PATI akan diserahkan ke Balai Polis Bayu Damai untuk tindakan lanjut sebelum menjalani ujian COVID-19.

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373