69 Pelajar MAHSA Lawat Kementerian Kewangan

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA 5 Jun 2026 (The Capital Post) – Kementerian Kewangan (MOF) hari ini menerima kunjungan lawatan akademik daripada pelajar MAHSA University yang melibatkan seramai 69 orang pelajar bersama empat orang pensyarah pengiring dalam usaha memperkukuh pemahaman berkaitan bidang ekonomi dan fiskal negara.

Sesi lawatan tersebut dimulakan dengan taklimat khas yang disampaikan oleh YBrs. Encik Mohamad Hafizul bin Zainon daripada Bahagian Fiskal dan Ekonomi, yang memberi pendedahan mengenai peranan serta fungsi kementerian dalam pengurusan kewangan dan dasar ekonomi negara.

Program turut diserikan dengan sesi soal jawab interaktif serta kuiz bagi menguji kefahaman pelajar terhadap kandungan taklimat yang disampaikan, sekali gus menggalakkan penglibatan aktif dalam sesi pembelajaran di luar bilik kuliah.

-Advertisement-

Kementerian Kewangan menyifatkan penganjuran lawatan akademik seperti ini sebagai platform penting dalam memberikan pengalaman pembelajaran secara langsung kepada pelajar, selain membantu mengukuhkan kefahaman teori melalui interaksi bersama pegawai kerajaan yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan dasar fiskal negara.

Pendekatan ini juga dilihat mampu melahirkan generasi muda yang lebih berpengetahuan, berdaya saing dan memahami fungsi pentadbiran kewangan awam dengan lebih menyeluruh – The Capital Post.