WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (27378) ORDER BY meta_id ASC

83 peratus mahasiswa lengkap divaksin » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

83 peratus mahasiswa lengkap divaksin

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Kira-kira 83 peratus atau 951,739 penuntut institut pengajian tinggi (IPT) menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19 setakat 1 Oktober lalu.

-Advertisement-

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, seramai 117,721 individu atau 90 peratus kakitangan IPT pula menerima dua dos lengkap vaksin setakat ini.

Katanya, menjelang kemasukan semula mahasiswa ke IPT pada Jumaat ini, beberapa prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mencegah penularan COVID-19 di kampus.

“Kita ada 1.15 juta pelajar. Apabila pelajar mula memasuki kampus secara berperingkat 15 Oktober ini, mereka akan disaring dengan kit ujian kendiri untuk memantau dan mengekang penularan wabak walaupun sudah menerima dos lengkap. Saringan akan dibuat secara berkala,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PH-Johor Bahru) mengenai perkembangan program vaksinasi khususnya dalam kalangan mahasiswa serta strategi mengekang penularan COVID-19 di IPT.

Noraini menegaskan, operasi IPT tidak adakan ditutup jika ada kes jangkitan COVID-19 di kampus, sebaliknya aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) pelajar ditangguhkan,

“Untuk mengurangkan risiko jangkitan sekiranya ada, pelajar kontak rapat, kita akan letakkan di pusat pengasingan atau kuarantin yang disediakan di IPT berkenaan.

-Advertisement-

“Operasi (universiti) tidak akan ditutup. Aktiviti bersemuka akan ditangguh. Jadi ada dua cara pengajaran dan pembelajaran (PdP) iaitu satu bersemuka dan dalam talian serta hibrid.

“Kalau sekiranya IPT merekodkan kes jangkitan lebih serius, penutupan institusi akan dipertimbangkan berdasarkan saranan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.

Menjawab soalan tambahan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) mengenai mahasiswa tidak divaksin, Noraini berkata, seramai 2,286 pelajar atau 0.2 peratus menghadapi masalah kesihatan dan tidak divaksin, setakat 8 Oktober lalu.

Katanya, IPT turut dinasihatkan untuk membantu pelajar berkenaan supaya pengajian mereka tidak terjejas.

Beliau berkata, sekiranya kehadiran secara fizikal tenaga pengajar dan pelajar yang tidak divaksin terpaksa diteruskan, prosedur pemantauan pergerakan ketat akan dilaksanakan seperti mewajibkan ujian saringan RT-PCR, tiga hari sebelum masuk ke kampus.

“IPT juga digalakkan untuk memastikan warga kampus melaksanakan ujian saringan kendiri menggunakan kit ujian kendiri secara berkala supaya mereka berada dalam keadaan yang baik,” katanya.-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33320,33317,33315,33312) ORDER BY meta_id ASC