PUTRAJAYA, 23 Sep 2020 (The Capital Post) – Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil maklum kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim harus membuktikan melalui proses dan kaedah yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan.
-Advertisement-
“Sehingga dibuktikan, Kerajaan Perikatan Nasional berdiri teguh dan saya adalah Perdana Menteri yang sah” kata beliau melalui satu kenyataan media sebentar tadi.
-Advertisement-
Pagi tadi Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata partinya mempunyai bilangan kerusi yang cukup untuk menubuhkan Kerajaan dan menunggu waktu untuk menghadap Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong. – The Capital Post