PUTRAJAYA: Jumlah kes harian COVID-19 kembali melebihi 6,000 kes apabila sebanyak 6,437 kes dilaporkan hari ini.
-Advertisement-
Kali terakhir Malaysia mencatatkan kes COVID-19 melebihi 6,000 kes ialah pada 18 Jun lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pertambahan kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini meningkat kepada 745,703 kes.
-Advertisement-
Katanya, Selangor kekal negeri tertinggi melaporkan kes baharu dengan 2,299 kes, diikuti Kuala Lumpur 1,361 kes.
“Selain itu ialah Negeri Sembilan dengan 700 kes baharu, Kedah (284); Johor (271); Melaka (252); Pahang (250) dan Sarawak (242).
“Hanya Perlis tidak mencatatkan sebarang pertambahan kes baharu hari ini,” katanya menerusi Facebook hari ini.-BH