Tiga lokaliti di Sabah, Pahang kena PKPD

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA – Dua kawasan di Sabah dan satu di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan terdapat peningkatan kes Covid-19 di kawasan terbabit.

-Advertisement-

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua kawasan itu dikenakan PKPD bermula 15 Julai ini dan dijangka tamat 28 Julai depan.

“Di Sabah, lokaliti yang terlibat ialah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lintas Sibuga, Sandakan dan Kampung Telaga serta Kampung Pituru, Pitas.

-Advertisement-

“Manakala di Pahang pula kawasan yang dikenakan PKPD ialah di Felda Jengka 8, Jerantut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-KOSMO