KUALA LUMPUR: Ringgit diniagakan rendah pagi ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas dolar terus mengukuh di tengah-tengah kebimbangan berterusan terhadap kes COVID-19 dunia yang semakin meruncing serta data tuntutan pengangguran awal AS yang lebih baik.
-Advertisement-
Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan disebut harga pada 4.2365/2385 berbanding dolar AS daripada penutupan semalam (Khamis) pada 4.2355/2400.
Seorang penganalisis memberitahu Bernama pengukuhan dolar AS telah memberi tekanan kepada harga minyak dengan harga penanda aras minyak mentah Brent pada masa ini berlegar sekitar AS$60 setong.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan melaporkan 22,948 kes baharu COVID-19 pada Khamis, angka tertinggi setakat ini, menjadikan jumlah terkumpul dalam negara sebanyak 1,489,460 kes.
-Advertisement-
Dalam pada itu, unit tempatan dibuka tinggi berbanding mata wang utama yang lain.
Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1055/1079 daripada 3.1061/1099 pada penutupan urus niaga Khamis dan lebih tinggi berbanding yen Jepun pada 3.8566/8588 daripada 3.8617/8661 sebelumnya.
Ia meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7786/7813 daripada 5.7984/8046 dan lebih tinggi berbanding euro kepada 4.9491/9514 daripada 4.9534/9587 semalam.
-BERNAMA -BH