Dewan Rakyat kecoh, semua Ahli Parlimen PN keluar dewan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 3 Apr 2023 (The Capital Post): Pembukaan sesi Dewan Rakyat pagi ini, kecoh selepas hampir semua Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) bertindak keluar dewan.

-Advertisement-

Tindakan itu dibuat selepas Dewan Rakyat menolak usul dikemukakan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) untuk membincangkan mengenai pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.

Wan Ahmad Fayshal berkata, usul berkenaan perlu dibahaskan hari ini kerana persidangan Dewan Rakyat akan tamat esok, namun ditolak Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong kerana keputusan sudah dibuat Yang Dipertua, Datuk Johari Abdul.

-Advertisement-

-BH

(The Capital Post)


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373