Mangsa banjir di Sabah kekal 75 orang

Estimate Reading Time: < 1 minute

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir Sabah kekal 75 orang membabitkan 25 keluarga hari ini.

-Advertisement-

Setakat jam 9 pagi tadi, bilangan penduduk yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) itu kekal sejak petang semalam.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah berkata semua mangsa banjir ditempatkan di PPS Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir.

“Tiada sebarang pertambahan atau penurunan bilangan penduduk yang berada di PPS.

-Advertisement-

“Beaufort juga kekal daerah masih terjejas banjir dan setakat ini tiada daerah lain yang dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Jurucakap APM Sabah menasihatkan penduduk setempat sentiasa berwaspada berikutan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini.

-BH